fbpx

‘Kalau kejar viral, baik cakap nombor plat itu RM4 juta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff menyangkal dakwaan nombor plat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire terbaharunya mencecah ratusan ribu ringgit.

PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyangkal dakwaan nombor plat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire terbaharunya mencecah ratusan ribu ringgit.

Aliff, 38, menegaskan dia enggan berkongsi mengenai harga nombor plat ‘ADH 1’ hadiah tersebut kerana enggan dituduh menunjuk-nunjuk.

“Saya tak pernah bercerita mengenai harga nombor plat kereta kereta yang merupakan hadiah daripada isteri tercinta, Nur Shahida Mohd. Rashid itu.

“Terkejut apabila ada pihak mengatakan harganya mencecah RM348,000. Nanti timbul pula isu kata saya riak. Apa yang keluar daripada mulut saya cumalah berharga RM10,000.

“Saya harap tidak perlu buat provokasi nanti orang benci saya. Saya ini sudah tua tidak mahu riak. Saya pun tidak mahu kena kejar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada Kosmo! Online di D’herbs Holdings di sini, hari ini.

Dalam masa sama, dia juga kecewa apabila ada pihak menuduhnya sengaja mencipta gimik demi melariskan produk jualannya dalam media sosial.

“Kalau mahu kejar viral, lebih baik cakap nombor plat kereta itu RM4 juta terus. Ini semua daripada mulut orang, saya tidak pernah cakap begitu.

“Sebenarnya saya sudah lama ingin beli kereta itu tapi tidak mampu. Sebelum ini saya belikan untuk mak dulu dan kumpul duit, tunggu harga pasaran turun dulu,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff Syukri mencuri tumpuan apabila ada pihak mendakwa nombor kereta berjenama mewah milik usahawan itu mencecah ratusan ribu ringgit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI