PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat melakukan aktiviti berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer bagi meninjau persekitaran Istana Besar Johor, pagi tadi.
Menerusi catatan di Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Selain bersenam, Seri Paduka Baginda juga mengadakan lawatan ke Taman Botani Diraja Johor sebagai sebahagian program santai di waktu pagi. – KOSMO! ONLINE