fbpx

6 juta penduduk Jakarta alami jangkitan pernafasan akut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail kesesakan jalan raya di Jakarta. - AFP

JAKARTA – Lebih enam juta penduduk ibu kota Indonesia, Jakarta terjejas oleh jangkitan pernafasan akut ekoran tahap pencemaran udara yang semakin teruk, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Menteri Alam Sekitar, Hanif Faisol Nurofiq berkata, kualiti udara di sebahagian Jakarta kini mencapai tahap berbahaya.

Beliau memberi amaran bahawa pencemaran di daerah utara kota raya itu melonjak ke paras berbahaya tertinggi menjelang tengah hari.

Katanya, data masa nyata daripada aplikasi kualiti udara seperti IQAir dan stesen pemantauan awam mengesahkan keadaan pencemaran udara yang semakin teruk.

“Sumber utama pencemaran udara Jakarta adalah pelepasan industri dan lori kontena,” kata Hanif.

Kira-kira 6,800 cerobong industri didaftarkan di kawasan Jakarta walaupun jumlah sebenar mungkin lebih tinggi disebabkan oleh operasi yang tidak berlesen.

“Kami telah mula membanteras aktiviti pembakaran terbuka, terutamanya dalam industri metalurgi dan peleburan bijih,” katanya.

Beliau menambah bahawa kesan pencemaran terhadap kesihatan manusia semakin teruk di Jakarta.

Katanya, data awal menunjukkan bahawa lebih enam juta penduduk di Jakarta mengalami gejala pernafasan, termasuk jangkitan akut yang boleh memburukkan keadaan sedia ada.

Dalam kajian pada 2023, Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat mendapati bahawa pencemaran udara di Jakarta yang sebahagian besarnya disebabkan oleh zarah halus (PM2.5) dan ozon paras tanah (O₃), bertanggungjawab terhadap beban kesihatan yang ketara. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI