fbpx

Petani parah terkena mata besi jentera pembajak sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mata besi pembajak tanah yang terkena pada paha Mohamad selepas jentera dipandunya terbalik di Kampung Bechah Mulong, Peringat dekat Kota Bharu pada Ahad lalu. - IHSAN KELUARGA

KOTA BHARU – Seorang warga emas parah selepas paha kanannya terkena mata besi selepas jentera pembajak sawah yang dipandu terbalik di Kampung Bechah Mulong, Peringat di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, Mohamad Hussin, 72, dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.

Sepupunya, Meriam Mat Zain, 72, berkata, ketika kejadian Mohamad sedang mengalihkan jentera tersebut ke sawah padi yang terletak bersebelahan sawahnya.

Mangsa yang juga petani dikatakan menghidupkan enjin jentera itu dan memandu sebelum ia terbalik secara tiba-tiba.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa terjatuh. Bahagian pahanya terkena mata besi jentera yang sedang berpusing.

Ahli keluarga melawat Mohamad yang cedera pada bahagian pahanya di HPUSM, Kubang Kerian semalam. – IHSAN KELUARGA

“Mohamad bernasib baik kerana jentera itu berhenti selepas tersangkut pada pahanya. Kejadian disedari oleh penduduk kampung yang terdengar jeritan Mohamad meminta tolong ketika melalui lokasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Meriam memberitahu, penduduk membuka skru mata pembajak sebelum membawa sepupunya ke tebing dengan pahanya yang berlumuran darah.

Mangsa kemudian dibawa ke HPUSM oleh adiknya bagi mendapatkan rawatan. Mohamad mengusahakan sawah padi sejak 40 tahun lalu dan tidak pernah terjatuh jentera sepanjang tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI