fbpx

[VIDEO] Semalam tengok ada kedai makan, bangun pagi ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan keadaan sunyi kawasan tersebut selepas disangka sebagai lokasi kedai makan pada malam sebelumnya.

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori berdepan pengalaman menyeramkan apabila lokasi yang disangka kawasan kedai makan, sebaliknya menjadi kawasan sunyi dan kosong pada keesokan paginya.

Menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Firdaus4378, lelaki berkenaan berkongsi pengalamannya yang berlaku semasa berhenti rehat ketika memandu jarak jauh.

“Wah, semalam tengok ada kedai makan, ramai orang makan. Kita tumpang parkir tidur saja. Bangun-bangun pagi nohh,” tulisnya dalam video berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman seram masing-masing dan tidak kurang juga yang menasihatinya agar lebih berhati-hati.

“Nasib baik kau tak singgah, kalau tak, dapatlah makan mi cacing,” kata Alif.

“Sebab itu kalau perjalanan jauh, kalau nampak kedai makan, suami cakap jangan berhenti. Memang tak berhenti. Takut makan ulat,” komen Nor’el Isma Hafiz.

“Banyak kes macam ni. Selalu juga pelik kenapa lori parkir depan kubur. Hahaha… tak tahu lah apa dia orang nampak malam tu,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@firdaus4378Naya pak abu🫩🫩🫩

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI