ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Himpunan Mandat Negarawan di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) di Suka Menanti, di sini malam ini.
Antara pemimpin lain yang turut hadir ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Terdahulu, Dr. Mahathir dilihat dibawa menghampiri ke pentas utama himpunan itu menggunakan ‘buggy’ dengan ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Himpunan tersebut merupakan pra jelajah sebelum berlangsung Himpunan Turun Anwar (HTA) yang dijadualkan pada 26 Julai ini.
Penganjuran HTA dijangka dihadiri lebih 300,000 orang dari seluruh negara. – KOSMO! ONLINE