fbpx

Sudahlah urut tidak jadi, kena ugut bunuh pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita ditahan dipercayai terbabit sindiket menawarkan khidmat urut di media sosial bagi tujuan memeras wang mangsa. - IHSAN POLIS

TAWAU – Seorang wanita diberkas selepas dipercayai menawarkan khidmat urut di media sosial sebelum memeras ugut mangsa termasuk mahu membunuhnya sekiranya membatalkan pesanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditahan di tepi jalan Kampung Titingan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau semalam.

Menurutnya, penangkapan itu susulan laporan seorang lelaki warga asing yang diperdaya dan diugut suspek dalam satu urusan khidmat urut dalam kejadian di Gerik, Februari lalu.

“Kes dilaporkan pada Februari lalu selepas mangsa, seorang lelaki warga asing berusia 41 tahun menghubungi seorang wanita yang menawarkan khidmat urut menerusi WhatsApp.

“Mangsa kemudian membuat bayaran pendahuluan RM100, namun wanita terbabit tidak muncul di lokasi dijanjikan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, mangsa mula menerima ugutan daripada nombor tidak dikenali yang mendesaknya membayar RM500 lagi, bagi menyelesaikan pembatalan khidmat itu, jika tidak mahu orang dihantar untuk mencarinya atau dibunuh.

“Kerana bimbang keselamatan diri, mangsa membuat pemindahan wang ke salah satu akaun suspek melalui mesin ATM di Perak. Selepas desakan bayaran tambahan dibuat, mangsa menyedari dirinya telah diperdaya dan membuat laporan polis,” katanya.

Champin berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan siasatan lanjut turut dijalankan bagi meneliti kemungkinan penglibatannya dengan sindiket penipuan siber.

“Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Kami masih menyiasat sama ada terdapat rangkaian lain terlibat bersama suspek,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI