fbpx

Rentak perlahan punca pulang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik terpaksa akur tewas kepada rakan senegara di pusingan pertama Terbuka Jepun semalam.

KUALA LUMPUR – Jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menyifatkan corak permainan yang terlalu perlahan serta mudah terikut rentak lawan menjadi punca kekalahan mengejut Aaron Chia-Soh Wooi Yik di pusingan pertama Terbuka Jepun semalam.

Pasangan No. 2 dunia itu gagal memperagakan aksi terbaik mereka sekali gus terpaksa akur disingkirkan lebih awal oleh rakan senegara yang juga beregu profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menerusi kekalahan straight set 15-21, 15-21 dalam tempoh hanya 30 minit.

Kekalahan di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi menamatkan badi tiga kekalahan berturut-turut kepada bekas juara dunia tersebut.

Herry menolak tanggapan tempoh rehat panjang sebelum kejohanan menjadi penyumbang utama kekalahan beregu utama negara itu.

“Sepatutnya tidak, cuti rehat panjang seharusnya membantu mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Tapi mereka bermula terlalu perlahan dan mengikut rentak lawan,” katanya.

Herry turut mengakui permainan yang dipamerkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, jauh daripada prestasi sebenar mereka.

“Memang tidak seperti kebiasaan mereka bermain. Saya menjangkakan aksi yang lebih baik.

“Kini mereka perlu fokus sepenuhnya untuk bersedia hadapi Terbuka China tidak lama lagi. Apa yang pasti, mereka berdua mahu tampil lebih baik dan benar-benar bersedia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI