PARIS – Kegagalan untuk mencipta penutup sempurna musim ini apabila sekadar muncul naib juara saingan Piala Dunia Kelab, menyebabkan Paris Saint-Germain dilaporkan sudah bersedia untuk melepaskan 11 pemainnya.
Berdasarkan laporan media di Perancis, PSG dikatakan sudah tidak lagi mahukan khidmat Milan Skriniar, Nordi Mukiele, Carlos Soler, Marco Asensio dan Randal Kolo Muani, di mana semua pemain ini tidak bersama pasukan musim lalu dan dipinjamkan ke kelab lain.
Sementara itu, Gabriel Moscardo, Lucas Hernandez, Lucas Beraldo, Lee Kang-in dan Goncalo Ramos juga dipercayai menjadi pemain lebihan sekali gus memungkinkan mereka untuk dilepaskan pada jendela kali ini sekiranya memperoleh tawaran bersesuaian.
Penjaga gol, Gianluigi Donnarumma turut disebut akan disisihkan memandangkan pemain itu belum lagi menyambung kontraknya yang bakal tamat pada penghujung musim depan.
Bagaimanapun, ‘saham’ Donnarumma nyata cukup tinggi memandangkan pemain antarabangsa Itali itu sudah pun menarik minat Chelsea, Manchester United dan Manchester City.
Chelsea yang muncul juara Piala Dunia Kelab dikatakan sudah lama mengintai peluang untuk mendapatkan Donnarumma, sejak sebelum perhitungan kedua-dua pasukan di perlawanan akhir lagi.
Dalam masa sama, PSG juga sedang mencari peluang untuk membawa masih pemain baharu yang ketika dikatakan sedang memantau secara dekat perkembangan bintang Bournemouth, Illia Zabarnyi. – AGENSI