fbpx

Penggali kubur didakwa cium kanak-kanak lelaki dalam tandas masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammed Syahril (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TAIPING – Seorang penggali kubur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, Jumaat lalu.

Tertuduh, Muhammed Syahril Reza Omar, 43, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Bapa tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara mencium muka dan leher mangsa di dalam tandas wanita di sebuah masjid pada pukul 12.30 tengah hari, 11 Julai lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Shabani Bahari mencadangkan jaminan RM30,000 dikenakan terhadap tertuduh selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis  setiap awal bulan.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Syed Saifullizan Syed Abd. Razak memohon jaminan minimum kerana tertuduh bekerja sebagai penggali kubur dengan elaun bulanan sebanyak RM400 dan menanggung tiga anak berusia 19, 14, dan lapan tahun.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan iaitu tidak mengganggu mangsa dan lapor diri di balai polis terdekat sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI