fbpx

Pasangan kekasih edar dadah terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Soon (kiri) bersama peguam selepas prosiding di Mahkamah Tinggi.

KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih menarik nafas lega apabila terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi, di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 1.2 kilogram (kg) di sebuah kondominium empat tahun lalu.

Hakim K.Muniandy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dikemukakan kepada tertuduh Tan Kah Soon, 49, dan teman wanitanya Pattarathida Petcharanon, 39, diakhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa telah mencapai niat bersama mengedar dadah berbahaya masing-masing jenis ketamin seberat 561.6 gram (g) dan methamphetamine seberat 647.1 gram.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Taman Desa Petaling, di sini pukul 10.50 malam pada 9 November 2021 yang didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dihukum mati boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang 12 kali sebatan.

Terdahulu dalam penghakimannya, Hakim Muniandy menyatakan terdapat kelemahan ketara dalam kes pendakwaan, termasuk isu berkaitan rantaian simpanan (chain of custody) bahan bukti serta jurang masa yang tidak dijelaskan antara penemuan bahan dan penghantaran ke makmal untuk analisis.

“Bukti saintifik yang dikemukakan menimbulkan keraguan munasabah terhadap identiti dan kesahihan bahan berbahaya tersebut serta hubung kaitnya secara langsung dengan kedua-dua tertuduh,” kata hakim itu.

Semasa prosiding kedua-dua tertuduh diwakili peguam Sivahnanthan Ragava manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Nadia Zubir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI