fbpx

Muka mangsa kemalangan tertusuk durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas mukanya terkena duri durian. - Khaosod

BANGKOK – Seorang lelaki cedera pada muka selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan motosikal yang ditunggang, sebuah trak pikap dan sebiji durian, lapor portal berita Must Share News semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Somchai, pada ketika itu dalam perjalan pulang dari tempat kerja. 

Dia merempuh bahagian belakang trak pikap jenama Toyota.

Semasa rempuhan, Somchai tercampak dan mukanya mendarat tepat di atas buah durian yang dibawa.

Apabila pasukan penyelamat tiba, Somchai berada dalam keadaan lemah dengan kesan tusukan duri durian yang jelas kelihatan di mukanya.

Hasil pemeriksaan mendapati, sebiji buah durian di dalam beg plastik dipenuhi darah, dipercayai miik Somchai yang cedera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI