fbpx

LNG Canada Petronas melakar sejarah antarabangsa – MoF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghantaran kapal LNG Puteri Sejinjang dari fasiliti LNG Canada terletak di Kitimat, British Columbia, Kanada baru-baru ini. - Foto laman web rasmi Petronas

PETALING JAYA – Petronas melakar sejarah antarabangsa apabila fasiliti gas asli cecair (LNG) Canada iaitu pelaburan strategik syarikat sebanyak 25 peratus berjaya menghantar kargo LNG pertama ke rantau Asia-Pasifik pada 7 Julai lalu.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan berkata, penghantaran bersejarah itu menandakan kejayaan usaha bertahun-tahun untuk menjadikan Kanada sebagai hab eksport LNG ke Asia dengan sokongan erat daripada komuniti tempatan dan rakan kongsi global.

“Fasiliti LNG Canada bukan sahaja terletak di lokasi logistik yang strategik, malah diiktiraf sebagai salah satu loji LNG paling mesra alam di dunia dengan intensiti pelepasan karbon.

“Dianggarkan 35 peratus lebih rendah daripada loji terbaik sedia ada dan 60 peratus lebih rendah berbanding purata global,” kata MoF hari ini.

Menurut MoF, Kerajaan Madani sentiasa menyokong syarikat Malaysia yang memperkukuh kehadiran di pentas dunia, bukan sekadar untuk pertumbuhan ekonomi tetapi juga sebagai penyumbang aktif kepada peralihan tenaga global yang mampan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI