fbpx

Lebih 1,000 terlibat sindiket penipuan siber dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pusat disyaki melakukan operasi penipuan diserbu di Phnom Penh, kelmarin. - Foto AFP

PHNOM PENH – Pihak berkuasa Kemboja menahan lebih 1,000 orang dalam siri serbuan di beberapa pusat penipuan internet, kata polis semalam.

Penahanan itu dilakukan selepas Perdana Menteri Hun Manet mengarahkan tindakan keras dilakukan ke atas pusat-pusat jenayah siber.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan rantau Asia Tenggara sebagai pusat penipuan, di mana pekerja biasanya menggunakan taktik percintaan atau perniagaan untuk menipu pengguna media sosial.

Sindiket penipuan siber itu dianggarkan memperoleh keuntungan sehingga AS$40 bilion (RM170 bilion) setiap tahun.

Hun Manet mengeluarkan arahan tentang tindakan keras itu kelmarin.

Beliau memberitahu penguat kuasa undang-undang dan tentera untuk mencegah serta membanteras penipuan di internet dan memberi amaran bahawa mereka berisiko kehilangan pekerjaan jika gagal mengambil tindakan.

Selama tiga hari, pihak berkuasa menyerbu lokasi di seluruh negara, termasuk di ibu negara Phnom Penh, bandar sempadan Thai, Poipet dan bandar pesisir pantai, Sihanoukville.

“Lebih 1,000 suspek ditahan,” kata polis yang mengumumkannya pada lewat semalam.

Sebahagian besar daripada tangkapan yang dibuat melibatkan warga asing termasuk sekurang-kurangnya 271 rakyat Indonesia, 213 warga Vietnam dan 75 rakyat Taiwan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI