fbpx

Lambakan durian: Jadi pembeli bijak elak ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMALUDDIN (dua dari kanan) memeriksa bekalan dan harga ayam dalam Ops Kesan 4.0 KPDN Perak di Pasar Raya TF Value-Mart Tambun, Ipoh hari ini.

IPOH – Lambakan pelbagai varieti durian di negeri ini dengan pelbagai kadar harga boleh membuatkan penggemar raja buah itu rambang mata selain berisiko ditipu penjual terutama melibatkan harga dan timbangan.

Justeru, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail menasihatkan pembeli dan penggemar durian perlu bijak sebelum melakukan sebarang pembelian.

Katanya, faktor kritikal yang perlu diambil kira ialah rasional harga, alat timbangan yang belum tamat tempoh serta dalam keadaan baik.

“Kita kena jadi pengguna bijak untuk memilih. Katakan dia (penjual) letak RM50 (harga durian) jika rasa ingin beli, boleh beli, tetapi jika tidak berbaloi, tidak perlu.

“Pengguna yang bijak tahu hak dan berani laporkan sekiranya ada tidak betul,” katanya kepada pemberita di Pasar Raya TF Value-Mart Tambun di sini hari ini.

Durian tidak termasuk dalam Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Terdahulu, beliau mengetuai operasi KPDN Perak dalam Ops Kesan 4.0 yang bertujuan membanteras manipulasi dalam aktiviti perniagaan. Ia juga selaras dengan pemantauan barangan dan perkhidmatan susulan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada awal bulan ini.

Tambah beliau, seorang penjual durian di Kuala Kangsar telah dikenakan kompaun sebanyak RM200 kerana menggunakan alat timbang tamat tempoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI