fbpx

Kilang proses aluminium haram diserbu, rampasan bernilai RM11.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Baharin (tengah) melihat logam aluminium yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan 4 dekat Pusing, Batu Gajah, hari ini.

BATU GAJAH – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya membongkar sebuah kilang memproses barangan logam jenis aluminium yang beroperasi secara haram dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM11.8 juta.

Serbuan di premis yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan 4 dekat Pusing, di sini semalam dijalankan Cawangan Risik Batalion 3 PGA Bidor dan Batalion 1 PGA Ulu Kinta dibantu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Timbalan Komander Briged Utara, Asisten Komisioner Shamsul Baharin Aman berkata, pemeriksaan mendapati premis itu menjalankan aktiviti pemprosesan aluminium tanpa lesen dan permit sah yang dikeluarkan JAS Perak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu, seorang lelaki berusia 37 tahun yang mengaku sebagai pengurus kilang ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan yang dilakukan di kilang tersebut telah menemukan sejumlah besar aluminium dengan anggaran berat 1,221.3 tan bernilai RM9.7 juta,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan soal siasat, pengusaha kilang itu menjalankan aktiviti menyimpan, memproses dan mengeluarkan bahan-bahan logam di premis tersebut sejak tahun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI