fbpx

Kebakaran dekat Area 51, individu dakwa bukti UFO dihapuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN berlaku berdekatan Area 51 di Las Vegas. - Foto X

WASHINGTON – Satu kebakaran besar tercetus di luar pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Las Vegas, Nevada yang dikenali oleh ahli-ahli teori konspirasi sebagai tempat simpanan objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor portal berita The Sun UK semalam.

Kebakaran dekat pangkalan yang turut dikenali sebagai Area 51 itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan mereka bahawa bukti-bukti penting mengenai UFO akan musnah.

Sehingga Isnin lalu, kebakaran tersebut masih belum dapat dibendung.

Kebakaran itu dicetuskan oleh panahan petir ke atas sebatang pokok di Clark County, hanya 45 minit di utara Las Vegas pada 4 Julai lalu.

Sejak kebakaran berlaku, ahli teori konspirasi membidas dakwaan tidak berasas tentang kerajaan AS, yang dikatakan menggunakan kebakaran tersebut untuk menutup rahsia.

Seorang pengguna di platform X berkata: “Ini adalah acara ‘pembersihan’ dengan meletupkan kemudahan (pangkalan).”

Seorang lagi ahli teori konspirasi berkata, bahan-bahan sensitif yang berada di dalam pangkalan tersebut mungkin musnah dalam kebakaran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI