fbpx

Impak Maksima 2 setanding filem antarabangsa – Menteri KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan menyaksikan Tayangan Perdana Pra Tonton Impak Maksima 2 di Papar, semalam.

PETALING JAYA – Impak Maksima 2 disifarkan sebagai karya yang berkualiti dan penuh kreativiti setanding filem antarabangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, Impak Maksima 2 bukan sekadar kesinambungan kepada filem terdahulu.

“Ia membawa wajah baharu dalam naratif perfileman tempatan. Filem ini menampilkan gabungan pelakon lama dan baharu, jalan cerita yang segar dan aksi permotoran yang lebih berkualiti dan matang.

“Syabas dan tahniah kepada pasukan produksi filem atas karya yang berkualiti dan penuh kreativiti setanding filem antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Armizan berkata, beliau berpeluang menjadi antara penonton awal bersama 500 masyarakat Papar, Sabah menyaksikan Tayangan Perdana Pra Tonton Impak Maksima 2 semalam.

Menurutnya, beliau turut melancarkan Program Tayangan Komersil Short Film Sabah yang merupakan salah satu program di bawah inisiatif 10star Film Community (10star FC).

Katanya, beliau berharap inisiatif itu akan memperkukuh jalinan kerjasama bersama rakan industri kreatif khususnya dalam menyediakan platform kepada bakat-bakat tempatan di Sabah untuk berkarya serta menonjolkan bakat seni masing-masing.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak 10star Cinemas kerana memilih Papar sebagai lokasi bagi tayangan perdana filem ini.

“Orang ramai boleh mula menonton filem ini di lebih 80 buah rangkaian pawagam seluruh negara bermula 17 Julai 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI