fbpx

Helikopter terhempas: Devendran sudah sedar tapi masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI helikopter 9M-PHG milik PDRM yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Khamis lalu berjaya dinaikkan hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Konstabel R.G Devendran yang sebelum ini ditidurkan selepas terlibat dalam nahas helikopter terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Khamis minggu lalu sudah sedar, petang semalam.

Abang mangsa, R.G Navindran, 39, memberitahu, adiknya masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) cuma ubat tidur yang diberikan terhadap adiknya sebelum ini telah dihentikan.

“Doktor dah hentikan ubat tidur, jadi dia sudah sedar sejak petang semalam. Cuma dia belum boleh bercakap kerana tiub di mulut serta bantuan pernafasan semua masih ada lagi.

“Doktor ada beritahu agar ahli keluarga bercakap-cakap dengan dia, walaupun dia tidak boleh menjawab tetapi dia boleh dengar dan boleh beri reaksi menggunakan anggota badan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Selain Devendran, empat anggota polis lain yang juga merupakan mangsa nahas berkenaan turut diberikan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Khamis minggu lalu, Kosmo! melaporkan helikopter jenis AS355N yang menyertai latihan keselamatan serantau sempena Nuclear Security Detection Exercise Malaysia-Thailand-Singapore 2025 (MITSATOM 2025) telah terhempas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI