fbpx

Cklamovski enggan kompromi kualiti skuad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara berdepan beberapa isu untuk menyertai saingan CAFA 2025 menyebabkan keputusan menarik diri terpaksa dilakukan.

HAJAT Harimau Malaya untuk ‘menguji taring’ menentang pasukan ranking 20 dunia, Iran tidak kesampaian apabila skuad kebangsaan terpaksa menarik diri daripada kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadual berlangsung 26 Ogos hingga 9 September ini.

Selain isu berkaitan logistik untuk ke Tajikistan, penganjuran pertandingan yang akan bermula di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilihat menjadi antara sebab kepada keputusan menarik diri.

Mengambil kira faktor itu, agak sukar untuk pengendali negara, Peter Cklamovksi mengumpulkan pemain terbaik dan menyediakan persiapan lebih rapi ketika hasrat pasukan adalah untuk mendapatkan keputusan positif.

Walaupun agak berat, Cklamovksi menjelaskan pelbagai aspek sudah diambil kira dan terpaksa mengambil keputusan sukar kerana tidak mahu pemain yang terpilih sekadar ‘makan angin’ di Tajikistan.

“Kami telah membuat keputusan untuk menarik diri walaupun kami cukup bercita-cita besar untuk menyertai CAFA 2025. Operasi logistik agak payah dan tarikh kami bermain juga menghadirkan senario sukar buat pemain untuk ke sana serta bersiap sedia untuk hadapi cabaran.

“Saya tidak akan berkompromi dengan pemain dan saya mahu skuad terkuat untuk memenangi CAFA 2025. Kami perlu hormati kelab kerana kita memiliki pemain dari Sepanyol, Colombia dan Argentina.

“Sukar untuk pemain ini ke sana (Tajikistan). Saya fikir adalah menjadi keputusan wajar untuk kita menarik diri,” katanya dalam satu pertemuan khas bersama media, kelmarin.

Pada undian sebelum ini, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Tajikistan, Iran dan Afghanistan, namun mengambil kira pertandingan ini akan bermula sebelum kalender FIFA, agak sukar untuk pasukan bertanding mendapatkan pemain terbaik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI