fbpx

Budak 6 tahun campak bayi pramatang ke lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun didakwa membunuh seorang bayi baru dilahirkan. - Hospital Kanak-Kanak Jeanne-de-Flandre

PARIS -Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun didakwa menyebabkan kematian seorang bayi pramatang selepas dia dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan di unit bersalin sebuah hospital, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pihak polis telah memulakan siasatan jenayah susulan insiden yang berlaku di Hospital Kanak-Kanak Jeanne-de-Flandre. Ia terletak di bandar Lille, utara Perancis.

Bayi tersebut dilahirkan pada usia kandungan 228 hari oleh seorang wanita berusia 23 tahun melalui pembedahan cesarean. 

Dia mengalami kecederaan otak traumatik selepas didakwa dicampak ke lantai oleh seorang budak lelaki yang memperlakukannya seperti anak patung, demikian menurut sumber siasatan.

Tanpa sebarang pengawasan, seorang budak lelaki berusia enam tahun dilihat bebas berkeliaran di sekitar hospital hingga mengganggu keselesaan orang ramai.

Dia merupakan anak seorang wanita yang turut ditempatkan di wad bersalin.

Unit juvana Perkhidmatan Polis Kehakiman Lille dengan kerjasama pendakwa raya tempatan telah melancarkan siasatan berhubung insiden tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI