fbpx

Bangkai helikopter PDRM terhempas berjaya dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELIKOPTER PDRM yang terhempas ke dalam Sungai Pulai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Khamis minggu lalu berjaya dinaikkan hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Operasi menaikkan bangkai helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah pada Khamis minggu lalu berjaya dinaikkan pagi hari ini.

Bangkai helikopter jenis AS355N berjaya diapungkan kira-kira pukul 11 pagi sebelum dinaikkan di atas kapal kren kira-kira 15 minit kemudian.

Terdahulu, seawal pukul 8 pagi, operasi yang dilaksanakan pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam (JKDNKA), Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pelabuhan Tanjung Pelepas, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di Markas Operasi Sungai Pulai.

Dua buat bot Pasukan Polis Marin (PPM) membawa pasukan penyelam TLDM dan kapal kren bersiap sedia menjalankan kerja-kerja menaikkan bangkai helikopter terbabit.

Dalam kejadian pada pukul 10.25 pagi Khamis minggu lalu, helikopter jenis AS355N nombor pendaftaran 9M-PHG terhempas ketika melakukan Latihan Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura 2025 (MITSATOM 2025).

Insiden itu menyebabkan dua kru iaitu Koperal Adeline Liu Yan Sin dan Konstabel R.G Devendran dilaporkan kritikal.

Juruterbang Asisten Komisioner Faizul Muhammad, pembantu juruterbang, Superintendan Ahmad Bustamin Baharom serta Sarjan Siti Latipa Khairuddin turut cedera.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI