fbpx

‘Bang, kau sangat tabah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang suami mencium dahi isterinya buat kali terakhir.

PETALING JAYA – “Kau hadiahkan kehidupan, anak kedua kita lahir, sementara engkau kembali pada Penciptamu.”

Demikian luahan seorang suami yang kehilangan isteri tercinta akibat pendarahan otak selepas melahirkan anak kedua mereka pada usia 27 tahun.

Menerusi perkongsian tular di Facebook, momen sebak itu menunjukkan lelaki tersebut mencium dahi isterinya buat kali terakhir.

“Tatkala seorang ibu menghembus nafas terakhir demi menghadirkan zuriat ke dunia, syahidnya di sisi Allah. Dan seorang suami yang tabah menerima takdir itu, memikul cinta dan amanahnya ke syurga,” tulisnya.

Dalam hantaran lain, lelaki itu turut menitipkan doa buat isteri tercintanya.

“Ikhlas aku titipkanmu pada Allah, saat kau pergi di pelukan keabadian dengan darah perjuangan. Kau hadiahkan kehidupan, anak kedua kita lahir,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak dan mendoakan agar lelaki itu terus kuat menghadapi ujian kehilangan isteri.

“Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Yang ditinggal semoga kuat melalui hari-hari berikutnya,” kata Syafiqah Noah.

“Gugurnya air mata seorang lelaki kerana seorang perempuan yang terlalu dicintai. Semoga si suami tabah dan reda,” komen Zackshari.

“Untung isterinya, reda suami dan syurga buat dirinya,” ujar Nrainfrhna93. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI