fbpx

Anwar kecam serangan udara Israel ke atas Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang anggota tentera Syria ditemui di dalam trak pikap yang musnah susulan serangan Israel di bandar Sweida. - AFP

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan udara terbaru Israel ke atas Damsyik, Syria yang mengorbankan nyawa orang awam dan mencabuli kedaulatan negara itu.

Menurut beliau, serangan tersebut merupakan pelanggaran yang jelas terhadap undang-undang antarabangsa serta Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria.

“Syria telah menanggung penderitaan yang amat berat sepanjang dekad lalu. Rakyatnya berhak untuk hidup aman, bukan terus menjadi mangsa keganasan dan campur tangan asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar menegaskan, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menyeru semua pihak menghentikan pelanggaran seumpama itu serta kembali kepada prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang.

Kenyataan itu hadir susulan serangan udara Israel yang dilaporkan mengenai beberapa kawasan di ibu negara Syria, menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa dalam kalangan orang awam.

Israel dilaporkan memusnahkan sebahagian bangunan Kementerian Pertahanan dan menyerang kawasan berhampiran Istana Presiden, selepas tentera kerajaan menyerang kaum Druze di selatan Syria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI