fbpx

Angkara cemburu, anggota polis pukul rakan setugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Gara gara cemburu, seorang anggota polis disyaki memukul dan memeras ugut rakan setugasnya dalam kejadian di Taman Bandar Baru PKNK, di sini Isnin lalu.

Suspek berusia 21 tahun dikatakan bertindak demikian kerana cemburu apabila mangsa didakwa menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya.

Mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan di buku lali kaki kanan, lebam di tangan kiri, bengkak di bahagian kepala dan belakang badan akibat dipukul serta ditendang suspek iaitu anggota unit kereta peronda (MPV) dari sebuah balai, di sini.

Selain itu, mangsa turut diperas ugut supaya memberikan wang sebanyak RM5,000 kepada suspek jika tidak mahu kejadian pergaduhan antara mereka yang dirakam disebarkan di media sosial.

Mangsa seterusnya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Abdul Halim sebelum membuat laporan polis pada pukul 4 petang semalam dan suspek kemudiannya ditahan di rumahnya di kuarters polis.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu selepas suspek meminta mangsa menjadi orang tengah menyelamatkan hubungannya dengan seorang penuntut sebuah universiti di Kelantan.

Namun mangsa didakwa mengambil peluang menjalinkan hubungan dengan teman wanita suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya merampas telefon bimbit milik suspek yang mengandungi video memaparkan kejadian pukul itu.

Katanya, suspek mengaku memukul mangsa kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya menjalin hubungan dengan teman wanitanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI