fbpx

Agong mengamalkan gaya hidup sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim menjadikan aktiviti berkuda serta senaman berjalan kaki sebagai rutin kecergasan.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan aktiviti berkuda serta senaman berjalan kaki sebagai antara rutin kecergasan.

Menurut Laman Facebook Sultan Ibrahim Iskandar, Seri Paduka Baginda hari ini malah membuat persiapan untuk menunggang kuda seawal pukul 5 pagi.

“Seri Paduka Baginda membuat persiapan untuk menunggang kuda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru,” kata laman Facebook berkenaan hari ini.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Iskandar berkata, Seri Paduka Baginda amat berpengetahuan luas dalam sukan berkuda dan merupakan pemain polo yang berpengalaman.

Kara laman Facebook tersebut, bagi Seri Paduka Baginda, aktiviti berkuda bukan sekadar beriadah, malah membantu meningkatkan kekuatan otot, selain kekal fokus serta disiplin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI