fbpx

50 maut, cedera pusat beli-belah terbakar di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan asap berkepul-kepul keluar dari pusat beli-belah di Kut, Iraq kelmarin. - X/AlghadeerTV

BAGHDAD – Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban atau cedera dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah utama di bandar Kut, timur Iraq, lapor media kerajaan hari ini.

“Gambaran awal menunjukkan kira-kira 50 mangsa terkorban dan cedera dalam tragedi kebakaran di pusat beli-belah utama ini,” kata Gabenor Wilayah Wasit, Mohammed al-Miyahi kepada agensi berita INA.

Kebakaran yang memusnahkan Hyper Mall itu tercetus lewat malam semalam, namun punca kejadian masih belum dikenal pasti, tambah Miyahi.

Pasukan perubatan masih giat menghantar mangsa ke hospital setakat pukul 4 pagi (waktu tempatan), menyebabkan wad kecemasan di sebuah hospital di Kut sesak.

Menurut wartawan AFP, pusat beli-belah tersebut baru sahaja beroperasi lima hari sebelum tragedi berlaku. Siasatan awal menunjukkan kebakaran bermula dari tingkat satu.

Sebilangan mayat dalam keadaan rentung turut dibawa ke hospital.

Sebagai tanda penghormatan, Miyahi mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh wilayah dan memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik bangunan serta pusat beli-belah berkenaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI