PETALING JAYA – Salah seorang penumpang sebuah penerbangan perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu menceritakan detik cemas apabila pesawat tersebut terpaksa berpatah balik ibu negara.
Melalui satu klip video tular di media sosial Tik Tok, penumpang terbabit turut menyiarkan keadaan semua penumpang dalam keadaan ketakutan setelah pesawat tersebut bergegar ketika di udara.
“Begitulah keadaan, saya hampir hilang nyawa saya tidak boleh bernafas, takut sangat tapi alhamdulillah semuanya selamat dan berpatah balik ke Kuala Lumpur,” jelas lelaki tersebut.
Difahamkan, penerbangan tersebut terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur akibat daripada keadaan cuaca yang teruk di kawasan negeri Pantai Timur itu.
Kejadiaan tersebut juga mendapat pujian daripada orang ramai kerana tindakan Kapten kapal yang bijak membuat keputusan untuk tidak mendarat di Kota Bharu.
Kejadian tersebut dikhabarkan berlaku dalam perjalan sebelah malam semalam
Menurut info dari Jabatan Meteorologi Malaysia, ketika ini keadaan cuaca di Kelantan tidak menentu terutamanya menjelang malam. – KOSMO! ONLINE.
@datinsaaFlight yg plg scary smalam 😩 Alhamdulillah Terima Kasih Mr Pilot yg buat decision yg tepat utk berpatah balik ke kl..kalo landing jgk smalam x tahu la apa nasib kami sekeluarga & staff seramai 45 org dlm flight ni 🥹