fbpx

[VIDEO] Enam termasuk pengasas eHATI tiba untuk reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas eHATI (kanan bertudung) antara enam individu yang dibawa bagi proses reman. FOTO: FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Enam termasuk pengasas eHATI dibawa bagi proses reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua mereka tiba kira-kira pukul 10 pagi di pekarangan mahkamah sebelum dibawa masuk sejam kemudian ke galeri mahkamah dengan dikawal ketat anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah.

Proses reman akan dibuat di hadapan Ameera Mastura Khamis.

Difahamkan pengasas eHATI dan suaminya ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan siasatan polis terhadap program motivasi rumah tangga eHati yang mencetuskan kontroversi kini ditumpukan kepada tiga jenis kesalahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, kes tersebut kini telah diklasifikasikan dibawah kertas siasatan Seksyen 294 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta
Kesalahan-Kesalahan Kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI