fbpx

[VIDEO] Abang ‘sado’, petarung MMA sudah berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dua lelaki dilihat sedang bergaduh di kawasan awam yang tular baru-baru ini.

SERDANG – Insiden pergaduhan antara dua lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini telah diselesaikan secara baik selepas kedua-dua pihak tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, laporan dibuat oleh kedua-dua individu terlibat pada 10 Julai lalu.

“Kes telah selesai dan kedua-dua pihak telah berdamai secara baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di laman sosial Facebook satu rakaman video memperlihatkan pergaduhan melibatkan dua lelaki menyebabkan salah seorang daripada mereka tumbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI