fbpx

Trafik sesak, lori muatan khemah terbakar di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah lori 10 tan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah, hari ini.

GOMBAK – Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan khemah musnah terbakar di susur keluar 803 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) selepas Genting Sempah, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.24 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota dan dua jentera serta pasukan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan komander operasi, kejadian melibatkan sebuah lori 10 tan muatan khemah yang terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, lorong kiri dan tengah terhalang akibat kejadian terbabit serta hanya lorong kanan boleh dilalui.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dari Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur di Lebuh Raya KLK ketika ini ditutup sepenuhnya akibat kebakaran sebuah lori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI