fbpx

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terima 500 aduan scam setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution menyampaikan ucapan semasa hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) kini diterajui sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta-merta.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu telah pun dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua minggu lalu.

Beliau berkata, berkuatkuasa serta-merta, talian kecemasan 997 khusus untuk aduan scam itu kini diaktifkan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

“Menerusi penstrukturan semula NSRC itu, setiap panggilan dan aduan itu akan dijadikan laporan polis,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini, ada beberapa agensi bertanggungjawab terhadap NSRC iaitu Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan PDRM.

Saifuddin berkata, secara purata, NSRC menerima 500 aduan berkaita scam setiap hari dan setakat ini kerugian dilaporkan mencecah RM1.5 bilion berdasarkan data dikongsi Majlis Sosial Negara.

Katanya, sebagai persediaan, NSRC akan dibantu dengan 139 perjawatan selain akan mempunyai pejabat dan pusat operasi sendiri yang kini masih berpusat di BNM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI