fbpx

Polis cekup 4 remaja lakukan aksi ‘dungu’   

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat remaja dirakam melompat dan menari di atas gerabak kereta api di daerah Bronx, New York. - NYDP

BANDAR RAYA NEW YORK – Seramai empat remaja ditahan selepas dirakam melakukan aksi lagak ngeri di atas gerabak kereta api di New York, lapor akhbar New York Post kelmarin. 

Aksi berbahaya mereka dirakam dron Unit Tindak Balas Bantuan Teknikal sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) berhampiran Jambatan Westchester Avenue dalam daerah Bronx, Khamis minggu lalu. 

Rakaman video memaparkan empat remaja berumur antara 12 hingga 16 tahun itu berdiri di atas gerabak kereta api yang bergerak laju.

Selepas mengeluarkan telefon bimbit, mereka melompat berulang kali sebelum menari. 

“Empat remaja terbabit diberkas selepas kereta api berhenti di Stesen Parkchester. 

“Mereka dibawa ke balai polis berhampiran dan didakwa melakukan perbuatan berbahaya,” kata seorang jurucakap Jabatan Polis New York (NYDP) semalam. 

Perbuatan berisiko mengundang maut itu mencetuskan kebimbangan kepada pihak berkuasa susulan beberapa  kematian dan kecederaan dalam kalangan remaja membabitkan kereta api. 

Pada 4 Julai lalu, seorang remaja berumur 15 tahun maut terjatuh ke tengah landasan ketika berdiri di atas  gerabak kereta api di Stesen Queensboro Plaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI