fbpx

Penunggang maut nahas tiga motosikal di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dia tunggang terbabit nahas bersama dua penunggang yang lain di kilometer 29, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), di sini, awal pagi tadi. -IHSAN POLIS

PORT DICKSON – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dia tunggang terbabit nahas bersama dua penunggang yang lain di kilometer 29, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga motosikal jenis Suzuki FU150 terbabit yang bergerak bersama-sama datang dari arah Seremban menghala ke Port Dickson.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ketiga yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai telah melanggar bahagian belakang motosikal pertama.

“Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua motosikal ini hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan. Kemudian datang motosikal kedua yang ditunggang satu lelaki berusia 24 tahun telah melanggar penunggang motosikal pertama yang telah jatuh di hadapannya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI