fbpx

Pelancong asing tawar bayar tambang teksi dengan ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemandu teksi mendakwa pelancong asing menawarkan ganja sebagai ganti wang tambang. - Foto Oplus_0

BANGKOK – Seorang pemandu mendakwa dia ditawarkan satu beg besar ganja daripada pelancong asing sebagai ganti wang tunai untuk bayaran tambang teksi, lapor portal berita The Pattaya News hari ini.

Prajub Yuemeka membuat laporan polis, menyebabkan pelancong dari Ireland Utara itu ditangkap di sebuah rumah tumpangan di Pattaya.

Suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Pattaya untuk disoal siasat manakala Prajub, 54, turut dipanggil untuk berbincang dengan pelancong tersebut. 

Pelancong itu mengaku menyewa teksi dari Lapangan Terbang Don Mueang tetapi berkata, dia kekurangan tunai untuk membayar tambang. 

Kata suspek, dia telah meminta pemandu berhenti di Mesin Teler Automatik (ATM) tetapi permintaannya ditolak. 

Mengenai tawaran ganja, suspek berkata, ia hanyalah perbualan dengan rakan dan bukan percubaan sebenar untuk membayar tambang dengan dadah.

Susulan perbincangan dengan kehadiran pegawai penyiasat, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat. 

Suspek membayar tambang 2,000 baht (RM261) seperti yang dipersetujui, dan perkara itu diselesaikan secara baik tanpa tindakan undang-undang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI