fbpx

Pelajar sekolah dapat akses beli replika pistol RM200 sepucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DZULKHAIRI (dua dari kanan) menunjukkan replika pistol yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Taman Teknologi Cheng, Melaka, semalam. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON

MELAKA – Pelajar sekolah menjadi antara sasaran ‘pengedar’ senjata tiruan yang dijual harga sekitar RM200 hingga RM300 di sebuah premis menjual permainan di Taman Teknologi Cheng, di sini.

Kegiatan itu terbongkar selepas Unit Penguatkuasaan Lesen/ Risikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka berjaya mengesan dan merampas 351 pucuk pistol tiruan jenis ‘airsoft gun’ bernilai RM105,300 dalam satu serbuan di lokasi itu, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.22 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang merupakan penjaga premis turut ditahan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua senjata tersebut ditemui disimpan di dalam stor di belakang premis berkenaan.

“Turut dirampas dua kotak yang mengandungi peluru plastik dan hasil soal siasat lelaki itu gagal mengemukakan sebarang lesen penjualan senjata yang sah kepada pihak polis.

“Premis itu memiliki permit untuk membeli senjata mainan pada tahun lalu tetapi tidak memperbaharuinya, susulan itu polis membuat pemeriksaan dan menjumpai pistol mainan yang menyerupai senjata sebenar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini.

Tambah Dzulkhairi, bekalan senjata tiruan itu dipercayai diperoleh daripada sebuah negeri di utara dengan anggaran kos seunit RM20 dan dijual semula pada harga antara RM200 dan RM300 sepucuk.

“Senjata ini dipercayai dijual secara bersemuka dan melalui platform dalam talian dan kita tidak menolak kemungkinan pistol tiruan ini turut dijual kepada pelajar sekolah.

“Ini kerana terdapat kes guru menjumpai pelajar membawa senjata mainan ke sekolah dengan alasan untuk menembak cicak, anjing dan sebagainya,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI