fbpx

Pekerja kilang mengamuk, dakwa upah tak dibayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana kecoh membabitkan beberapa pekerja perindustrian di negara jiran.

PETALING JAYA – Suasana di sebuah kilang bertukar tegang apabila sekumpulan pekerja bertindak agresif dalam satu kekecohan yang kini tular di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi 37 saat, kelihatan puluhan individu melihat dan mengerumuni di hadapan sebuah kawasan perindustrian sebelum dileraikan oleh rakan sekerja lain.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kilang di negara jiran, namun lokasi dan waktu kejadian belum dapat dipastikan.

“Mogok. Pengusaha (majikan) enggan bayar upah,” komen Ali Mohamed.

“Tengok motor dah tau dari negara mana,” tulis Ayen Shevchenko

“Ingat tadi kat Malaysia, tengok nombor plat motosikal Indonesia la,” kata Rosli Jet Lee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI