PETALING JAYA – Seorang pekerja meluahkan rasa kesal selepas mendakwa seorang pelanggan bertindak melepaskan hajat di dalam sebuah bilik persalinan.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun TikTok @Bbyshml yang memaparkan keadaan bilik persalinan tersebut serta pengalaman individu itu membersihkannya.
“Haa ini lah yang mencabar kesabaran sangat-sangat. Pelanggan kencing dalam bilik persalinan. Kau mop tiga kali pun masih ada bau. Dah siap mop, cuci dan keringkan, mop dengan baldi tu pun aku buang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman serupa.
“Hahaha duu masa aku kerja pun pernah kena macam ni lah tapi budak la.. dia masuk-masuk je terus cangkung dan berak.. tapi aku tak cuci ye, bos aku yang cuci,” kata @Nuranisaa_94.
“Kali pertama nampak benda macam ni. Tak ada masa nak kencing sana sini, masa ‘fitting’ baju jugalah nak membuang,” komen @Rajafify.
“Haih dah besar pun, tak boleh fikir. Pengotornya!,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE














