fbpx

Malaysia menuju ke puncak – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PETALING JAYA – Kedudukan Malaysia melonjak 11 anak tangga ke tempat ke-23 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) 2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merupakan prestasi terbaik Malaysia sejak tahun 2020.

“Malaysia menuju ke puncak. Semasa pembentangan Kad Laporan MITI Suku Kedua 2025, saya berkongsi pencapaian yang membanggakan buat negara.

“Ini adalah hasil usaha gigih kita dalam reformasi birokrasi dan peningkatan produktiviti,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) turut memperlihatkan impak positif dalam sektor pembuatan.

Menurut beliau, nilai tambah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 4.1 peratus kepada RM95.7 bilion (S1 2025)

Kata beliau, penciptaan 50,000 peluang pekerjaan baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2.87 juta pekerja dalam sektor tersebut.

Beliau berkata, gaji median pula meningkat 5.4 peratus kepada RM2,745, manakala sektor perdagangan Malaysia terus kukuh.

“Peningkatan perdagangan perkhidmatan sebanyak 14.6 peratus dan pelaburan digital yang melonjak RM310.7 bilion.

“Ini semua bukti komitmen kita untuk memastikan Malaysia kekal berdaya saing di persada global,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI