fbpx

Israel selamatkan puak Druze, bom tentera Syria 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang anggota tentera Syria ditemui di dalam trak pikap yang musnah susulan serangan Israel di bandar Sweida kelmarin. - AFP 

DAMSYIK – Israel mengebom Suweida ketika tentera Syria memasuki bandar kubu kuat etnik minoriti Druze itu selepas pertempuran sengit selama dua hari, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh sejak pertempuran antara militia Druze dan puak Badwi berlanjutan dan bermula Ahad lalu, demikian menurut laporan Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berpangkalan di Britain. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia mengarahkan serangan ke atas tentera dan senjata di Suweida kerana Damsyik ‘berhasrat menggunakan (mereka) untuk memerangi militia Druze’.

Syria mengkritik pencerobohan Israel sambil menambah, serangan tersebut menyebabkan lebih 200 anggota tentera dan orang awam terbunuh. 

Tentera Syria dikerah buat pertama kali ke Suweida sejak kumpulan pemberontak menggulingkan bekas presiden, Bashar al-Assad pada Disember 2024. 

Tambah Netanyahu, dia komited mencegah keganasan terhadap masyarakat Druze berikutan hubungan mendalam dengan puak berkenaan yang tinggal di Tel Aviv dan Bukit Golan iaitu wilayah diduduki Israel. 

Kementerian Luar Damsyik  berkata, Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas serangan terbaru di selatan Syria itu. 

Sementara itu, pentadbiran Presiden Donald Trump telah meminta Israel untuk menghentikan serangan ke atas tentera Syria, lapor akhbar AS Axios memetik kenyataan seorang pegawai Amerika Syarikat. 

Israel berkata, pihaknya akan menghentikan serangan pada petang semalam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI