fbpx

eHATI: Rakaman video ‘ghairah’ belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar tersebut. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Program Queen’s Night melibatkan adegan berbogel dikatakan julung kali diadakan pada program motivasi rumah tangga eHATI.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, acara berkenaan hanya dihadiri di kalangan peserta wanita sahaja.

Katanya, pihaknya masih melakukan siasatan sama ada terdapat individu lelaki hadir pada acara itu.

“Mungkin acara Queen’s Night ini tidak pernah dianjurkan dalam program motivasi mereka sebelum ini.

“Kita masih melakukan siasatan berapa kerap mereka melakukan program motivasi ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelas beliau, pihaknya setakat ini belum menemui rakaman video atau gambar berkaitannya.

“Siasatan juga masih dilakukan sama ada suspek mempunyai rekod lampau termasuk kes penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI