fbpx

Bos ‘American Idol’ ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Robin Kaye (tengah). - Foto AFP

WASHINGTON – Bos program realiti televisyen American Idol dan suaminya disyaki dibunuh di dalam rumah mereka yang  bernilai AS$4.5 juta (RM18 juta) di Los Angeles, lapor portal berita New York Post semalam.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles kepada portal berita hiburan TMZ, penyelia muzik yang memenangi anugerah untuk rancangan pertandingan hit itu, Robin Kaye  ditemui mati bersama suaminya yang juga pemuzik, Thomas Deluca.

Sumber itu mendedahkan bahawa kedua-dua mereka disyaki dibunuh selepas kejadian pecah masuk di rumah mereka di kawasan kejiranan mewah Encino.

Kedua-dua mangsa  berusia 70 tahun.

Polis berkata, mayat pasangan itu ditemukan semasa pemeriksaan kebajikan petang Isnin lalu selepas kelibat mereka tidak dilihat dalam tempoh empat hari.

Kedua-dua mangsa mempunyai kesan tembakan di kepala. 

“Tiada maklumat suspek buat masa ini. polis bertindak balas dan menyatakan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Motif pembunuhan tidak diketahui. Siasatan sedang dijalankan,” kata polis.

Kaye ditemui mati di pantri dan Deluca di bilik mandi, lapor saluran berita NBC Los Angeles.

Polis juga menemu kesan darah di pintu masuk dan tingkap pecah yang mungkin digunakan pembunuh untuk menceroboh ke dalam rumah.

Rumah itu nampaknya tidak digeledah, menunjukkan motif bukan rompakan , kata pihak berkuasa kepada TMZ. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI