fbpx

BMW cari pelumba MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILLER antara nama pelumba MotoGP yang disebut-sebut berpotensi mengisi kekosongan di BMW. - AFP

MUNICH – BMW kini menilai senarai pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dan Moto2 bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Toprak Razgatlioglu bagi musim Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2026.

Ia susulan keputusan Toprak berhijrah menyertai Pramac Yamaha dalam perlumbaan kelas perdana MotoGP tahun depan.

“Kami sedang melihat semua pasaran pelumba ketika ini. Saingan di WSBK, memang penting, tetapi kami juga sedang melihat paddock MotoGP.

“Saya fikir akan ambil masa dua hingga tiga minggu lagi untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang siapa yang sesuai,”  kata Ketua BMW Motorrad Motorsport, Sven Blusch.

Antara nama disebut sebagai calon utama ialah Aron Canet yang ketika ini menghuni tangga kedua keseluruhan dalam Kejuaraan Dunia Moto2 2025 dengan sembilan mata di belakang pendahulu, Manuel Gonzalez.

“Kami sedang mempertimbangkan pelumba MotoGP yang berpengalaman dan juga pelumba muda dari Moto2 yang mungkin tidak akan ke MotoGP. Namun, saya faham betapa tingginya tahap WorldSBK.

“Saya fikir perpindahan Toprak ke MotoGP membuktikan kualiti pelumba di sini, termasuk bagi pelumba Moto2,” tambah Blusch.

BMW belum memuktamadkan nasib pelumba sedia ada, Michael van der Mark yang turut disebut-sebut akan mengisi tempat kedua dalam pasukan pengeluar Jerman itu.

Dua lagi nama besar berada dalam radar BMW ialah pasangan pelumba Pramac Yamaha, Jack Miller dan Miguel Oliveira memandangkan masa depan mereka di MotoGP masih samar susulan kehadiran Toprak musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI