fbpx

Bayi 4 bulan miliki berat hampir 10 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunner lahir dengan berat 3.65 kilogram pada 19 Februari lalu. - Kennedy News and Media

LINCOLN, OKLAHOMA – Seorang ibu dari negeri Oklahoma, Amerika Syarikat mengundang perhatian orang ramai selepas mendedahkan bahawa bayinya memiliki berat badan 9.97 kilogram (kg) ketika berusia empat bulan, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Maci Mugele, 21, berkongsi rakaman video bersama anaknya, Gunner Matteyer di platform TikTok baru-baru ini. 

Menurut Maci, berat Gunner mencecah 3.65 kg dan bersaiz 49.53 sentimeter (sm) tinggi ketika dia dilahirkan pada 19 Februari lalu. 

Biarpun baru berumur empat bulan, Gunner kini seberat 9.97 kg dan tinggi 76.2 sm. 

Gunner juga memakai pakaian kanak-kanak dan meminum susu lebih banyak berbanding bayi lain seusianya. 

“Bayi saya sihat. Doktor memberitahu bahawa dia hanya besar untuk usianya. Ketinggiannya juga membuatkan dia kelihatan lebih besar,” kata Maci. 

Rakaman video itu mencatatkan lebih 20 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Bayi itu sihat. Itu sahaja yang penting,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI