fbpx

Bas persiaran ‘rentung’ di Lebuh Raya MEX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas persiaran yang terbakar di Lebuh Raya MEX menghala Kuala Lumpur, hari ini.

SERI KEMBANGAN – Sebuah bas persiaran musnah terbakar dalam kejadian di Kilometer 20.2, Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) menghala Kuala Lumpur sebelum Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kira-kira pukul 8.14 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bas pesiaran yang musnah 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia dilaporkan berkata, kejadian kebakaran itu menyebabkan lorong kiri terhalang dan trafik perlahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI