fbpx

Amy Search, isteri buat apa di IPD Shah Alam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMY dan Norish bergambar dengan peguami terkenal, Raja Reza hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

PETALING JAYA – Bergambar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kehadiran penyanyi Datuk Amy Search dan isterinya, Datin Norhasniza Hassan di bangunan tersebut mencetuskan tanda tanya ramai.

Menerusi foto yang dikongsikan isterinya, Norhasniza atau Norish, mereka tidak menyatakan tujuan ke lokasi terbabit sebaliknya hanya bersyukur dapat bertemu kenalan juga peguam terkenal, Datuk M Raja Reza Hassan dan isteri.

“Bersama insan dihormati Datuk Reza dan Datin Riza. Gembira bertemu kalian berdua. Terima kasih,” tulis kapsyen dalam Insta Story.

Dalam paparan tersebut, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 66, yang terpalit isu mengherdik penyanyi Shila Amzah di khalayak ramai Khamis lalu tampak ceria di sisi isterinya.

Terdahulu, sejak minggu lalu vokalis Search itu menjadi topik perbualan ramai susulan kes dakwaan serangan terhadap Shila yang mengakibatkan nama isterinya turut terpalit dalam kontroversi.

Ini gara-gara difahamkan serangan berpunca daripada ciapan Shila di platform X yang menyatakan sokongan terhadap luahan anak Amy, Nabila Huda berkenaan isu ibu tiri.

Selepas itu, Nabila berkongsi pula dua hantaran dalam laman sosialnya merujuk sikap seorang individu yang seolah-olah insan terdekat dalam hidupnya.

Sehingga kini, usaha mendapatkan maklum balas Amy mahupun isterinya belum berhasil apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI