fbpx

30 minit bomba bawa turun jenazah lelaki obesiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bersama penduduk membantu mengangkat jenazah lelaki obesiti dari tingkat 14, Flat Padang Tembak, Ayer Itam, petang tadi.

GEORGE TOWN – Pasukan bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk membantu membawa turun jenazah seorang lelaki obesiti yang meninggal dunia di kediamannya di tingkat 14, flat Padang Tembak, Ayer Itam di sini, petang tadi.

Operasi tersebut melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dengan kerjasama penduduk flat berkenaan.

Difahamkan, jenazah ditemukan dalam keadaan tertiarap dan dibawa turun ke aras bawah dengan lif.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan bantuan pasukan polis kira-kira pukul 5.59 petang tadi.

Menurutnya, operasi tersebut diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan l Zaiful Arif Mat Ariffin.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ dan menjalankan kerja-kerja menurunkan mayat ke tingkat bawah bangunan dengan dibantu penduduk setempat.

“Jenazah kemudiannya diserahkan kepada Pihak Pengurusan Jenazah untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 6.55 petang tadi,” katanya di sini, sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI