fbpx

2 lelaki tebang pokok dipenjara lebih 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok Sycamore Gap ditebang dan tumbang di atas Tembok Hadrian. - PA

LONDON – Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga bulan kerana menebang pokok paling ikonik di United Kingdom (UK), lapor saluran berita CNN semalam.

Daniel Graham, 39 dan Adam Carruthers, 32, didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan jenayah kerosakan pada Mei lalu.

Kesalahan pertama adalah menebang  pokok tersebut dan satu lagi berkaitan Tembok Hadrian yang runtuh ditimpa tumbuhan itu, lapor agensi berita PA Media.

Mereka  dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Diraja Newcastle, timur laut England semalam.

Pokok Sycamore Gap itu berdiri selama hampir 200 tahun di sebelah Tembok Hadrian yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO di utara England. 

Pokok itu begitu terkenal sehingga dipaparkan dalam filem Hollywood 1991, Robin Hood: Prince of Thieves.

Ia sengaja ditebang oleh kedua-dua tertuduh pada September 2023, dalam apa yang digelar pihak berkuasa sebagai ‘tindakan vandalisme’.

Pesuruhjaya Polis dan Jenayah Northumbria, Susan Dungworth berkata: “Penebangan pokok Sycamore Gap telah menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan rakyat.” 

“Hari ini (semalam), mereka yang cuba memusnahkan simbol alam semula jadi di Northumberland telah dipertanggungjawabkan,” tambahnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI