fbpx

WUG 2025 medan uji kemampuan bakat muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN terbesar kontinjen negara seramai 26 atlet dan enam pegawai berlepas ke WUG 2025 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi tadi. - SUKAN IPT

TEMASYA Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 berlangsung di Rhine Ruhr, Jerman bermula esok hingga 27 Julai ini dianggap sebagai platform terbaik buat atlet-atlet muda negara membuktikan kemampuan di pentas antarabangsa.

Bekas jurulatih pecut kebangsaan, M. Balamurugan menaruh sepenuh kepercayaan terhadap anak-anak buahnya untuk mempamerkan aksi terbaik meskipun berentap buat kali pertama di benua Eropah.

Menerusi persiapan rapi yang dibuat sebelum ini termasuk menyertai kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), beliau yakin atlet-atlet di bawah bimbingannya mampu menyinar.

“Saya harap barisan atlet dapat menampilkan aksi terbaik ketika beraksi pada Sukan Universiti Dunia nanti. Sebelum ini mereka ada menyertai kejohanan Varsity Track & Field sebagai persediaan awal,” katanya.

Kata Balamurugan, lima atlet yang dilatihnya akan menyertai beberapa acara utama seperti 100 meter (m), 400m, 4x100m dan 4x400m dengan harapan melakukan catatan masa terbaik bagi menempah tiket ke Sukan SEA Thailand 2025.

Beliau memberikan perhatian khusus untuk acara 4x100m lelaki di mana kuartet itu akan dibarisi raja pecut tanah air, Muhammad Azeem Fahmi, Aliff Iman Mohd. Fahimi, Mohamad Raimi Mustaffa Kamal, Mohammad Thaqif Hisham dan Pengiran Aidil Auf Hajam.

“Untuk acara 4x100m, saya meletakkan sasaran pasukan negara untuk layak ke pentas final. Gandingan ini ada pengalaman serta kepantasan dan kita tahu Azeem adalah ‘game changer’ utama pasukan.

“Walaupun mereka muda tetapi saya percaya ini adalah peluang terbaik untuk memperbaiki prestasi peribadi selain meningkatkan peluang mereka untuk beraksi di pentas yang lebih besar,” ujar Balamurugan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI