fbpx

Warga emas maut digilis lori ketika kayuh basikal ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan basikal dinaiki Putri Maimon yang maut digilis di Parit pagi tadi.

PARIT – Seorang penunggang basikal warga emas maut digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Yakub di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi di Kilometer 41, Jalan Ipoh-Lumut dekat Bota Kanan, mangsa, Putri Maimon Megat Abdul Wahab, 69, cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori memasuki laluan kecemasan dan melanggar mangsa yang menunggang basikal di bahagian kiri jalan.

Katanya, nahas itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan maut di lokasi kemalangan.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini ekoran lori yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya itu telah melarikan diri. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan kenderaan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI